Bengkel #1sme1sistem: "5 Rahsia Sales Funnel. Kenapa Penting Bagi Perniagaan Anda!

16 Jan 2018, 09:00 AM - 01:00 PM
MaGIC Persiaran Apec Cyberjaya Selangor Malaysia

Bengkel #1SME1SISTEM: 5 Rahsia Sales Funnel. Kenapa Penting Bagi Perniagaan Anda?

Salam hormat Tuan dan Puan! Kami ingin menjemput anda menghadiri bengkel kami yang seterusnya pda 16 January 2018, Selasa di MaGIC Cyberjaya.

 Sales funnel (corong jualan) ialah satu proses menjadikan prospek kepada pelanggan yang berpotensi akan membeli produk kita.

Sebagai usahawan, prestasi jualan, prospek dan jualan produk haruslah teratur bagi mengelakkan mengambil masa yang lama untuk merujuk fail dan risiko kehilangan data pelanggan anda. Apabila anda ingin mecuba sesuatu perkara yang baharu atau melaksanakan sistem baharu dalam perniagaan anda, ia memerlukan masa untuk mempelajari perkara tersebut. Semakin banyak masa dan tenaga yang diperlukan, semakin kecil kemungkinan anda akan melakukan perubahannya.

Persoalannya, dimana anda mahu belajar 5 Rahsia Sales Funnel dan Kenapa  Penting Bagi Perniagaan Anda.

Jangan risau, sertai bengkel kami dan temui speaker anda yang berpengalaman.

Apa Yang Anda Akan Belajar?

Dalam bengkel ini, kami akan berkongsi proses sales funnel dan kepentingan sistem pengurusan pelanggan anda untuk tujuan pemasaran yang berkesan serta membolehkan anda mengembangkan perniagaan anda pada masa akan datang.

Kami juga akan membantu anda dan berkongsi ilmu seperti :

  • Automate Sales Funnel dengan cara yang mudah
  • Melindungi kerosakan data akibat virus komputer
  • Ketahui cara menyimpan pangkalan data secara sistematik
  • Mengetahui cara menguruskan pelanggan daripada prospek menjadi pelanggan
  • Mengetahui kepetingan pangkalan dara untuk mencapai sasaran jualan
  • Mengetahui cara menjimatkan masa untuk mengemaskini data anda.

Temui barisan penceramah berpengalaman yang akan membantu anda pada:

Tarikh: 16 Januari 2018 (Selasa)

Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang

Tempat: Bandung Room, Malaysian Global Innovation & Creativity Centre Block 3730, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Malaysia.

"Mengembangkan Perniagaan Anda Menggunakan Sistem Cloud dan Teknologi Mudah Alih"
-- Speaker: Ir Aziz Ismail, CEO of Authentic Venture Sdn Bhd

Jangan lepaskan peluang untuk belajar bagaimana meningkatkan bisnes anda dari Ir Aziz Ismail, yang merupakan CEO dan Pengasas Authentic Venture Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terulung dalam cloud-based software development. Ir Aziz Ismail mempunyai lebih dari 25 tahun pengalaman sebagai usahawan dan juga CEO di syarikat antarabangsa. Beliau juga merupakan Board of Advisors untuk "New Entrepreneur Forum" dan juga merupakan Profesor Adjunct di Universiti Utara Malaysia.
 

"5 Rahsia Sales Funnel. Kenapa Penting Bagi Perniagaan Anda?" 

 -- Speaker: En. Haslan Junior

Encik Haslan Junior merupakan Head Business Development di Authentic Venture Sdn Bhd. Beliau juga mempunyai 6 tahun pengalaman dalam bidang pemasaran dan jualan serta dalam industri SMEs.

Siapa Yang Wajib Hadir?

Bengkel ini terbuka kepada Pemilik Perniagaan, Usahawan, CEO, COO, General Manager, Management-level Executives, mereka yang terlibat dalam pengurusan pemasaran dan jualan.

Apa tunggu lagi? Kemasukan adalah PERCUMA untuk 30 peserta terawal sahaja.  

DAFTAR segera dengan menekan butang REGISTER untuk RSVP  tempat anda sekarang juga. Tempat adalah TERHAD!

 

Anda juga digalakkan untuk membawa laptop (jika ada) dan juga kad bisnes anda semasa menghadiri bengkel tersebut untuk peluang berkenalan dan bertukar kad bisnes dengan usahawan-usahawan yang lain.Anda juga boleh hubungi  01156841087(Sakinah) atau email di events@ventures.com.my untuk maklumat lanjut.

Registration

The registration for this event has been closed.

Venue : MaGIC Persiaran Apec Cyberjaya Selangor Malaysia

Organizer