BORANG PENDAFTARAN BUSINESS ENHANCEMENT PROGRAMME (BEP) - Edisi Semenanjung 2019SILA BACA DENGAN TELITI DAN SILA JAWAB SOALAN YANG DIKEMUKAKAN

Borang ini merupakan BORANG PENYERTAAN kepada usahawan untuk menyertai program Business Enhancement Programme (BEP) - Edisi Semenanjung bagi tahun 2019.

*Business Enhancement Programme (BEP) merupakan program bimbingan holistik dan komprehensif dari BisKaunselor (Business Coach) INSKEN kepada usahawan untuk belajar dan menimba pengalaman selama 4 bulan. Sepanjang 4 bulan peserta akan melalui:

1) Workshop/Bengkel bersama BisKaunselor
2) Coaching sebanyak 4 kali bersama BisKaunselor
3) 1 Kali Kelas Latihan Khusus

Syarat Penyertaan:
1) Perniagaan telah beroperasi lebih dari dua (2) tahun
2) Perniagaan telah didaftarkan
3) Peserta daripada Semenanjung
4) Mempunyai akses kepada system perbankan online (Contoh: CIMB Clicks/Maybank2u/dll)

*Yuran penyertaan adalah RM300 sahaja, berbanding kos keseluruhan sebanyak RM3,000 setiap peserta yang ditanggung oleh pihak INSKEN.