Kursus Asas Bisnes Servis Kereta : Online 01 (13-15 Ogos 2021)

13 Aug 2021 08:00:AM - 15 Aug 2022 06:00:PM
Google Meet

Kursus ini bertujuan untuk mengejar peserta secara maya (virtual), bagaimana ingin menguruskan bengkel kereta bergerak (mobile car workshop) selain membekalkan ilmu yang relevan selaras dengan cabaran & trend semasa. Peserta akan dibimbing oleh pemain industri bagi memperkasa perniagaan serta mengasah potensi usahawan.


KOMPONEN LATIHAN:

  • Sesi perkongsian aktiviti industri secara maya
  • Latihan asas industri & tips bisnes
  • LIVE demonstration & pameran aktiviti berkaitan industri

PESERTA AKAN MEMPELAJARI:

  • Tips & amalan terbaik industri
  • Kos & peralatan asas untuk permulaan perniagaan
  • LIVE demonstration untuk ilmu teknikal & produk seperti servis tukar minyak hitam, tukar bateri & tukar tayar
  • Teknik pemasaran dalam 10km radius
  • Cara mendaftar & menguruskan kewangan bisnes

YURAN LATIHAN
RM100

(Termasuk kos latihan & modul)

TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
  • Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
  • Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
  • Bayaran pendaftaran (RM100) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian

Registration

The registration for this event has been closed.
Location

Venue : Google Meet