Google Ads Untuk Pemasaran (Level 101: Permulaan) - Online 01 (17-18 Ogos 2021)

17 Aug 2021 08:00:AM - 18 Aug 2021 06:00:PM
Google Meet

Dalami teknik pengiklanan melalui Google atau lebih dikenali sebagai Search Engine Marketing (SEM). Kursus ini akan mengubah persepsi usahawan tentang kepentingan SEM dan betapa mudahnya tetapan Google Adwords, sekali gus menaikkan Search Engine Optimization (SEO) laman sesawang anda.


PESERTA DAPAT MEMPELAJARI:
  • Pengurusan Google Adwords & Google Analytics
  • Teknik pemilihan kata kunci yang tepat agar mereka mengunjungi website anda 
  • Cara menentukan bajet yang optimum untuk satu kata kunci
  • Kaedah remarketing yang komprehensif & berkesan

YURAN LATIHAN
RM50


TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 50 orang sahaja
  • Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal INSKEN
  • Bayaran pendaftaran (RM50) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian

Registration

The registration for this event has been closed.
Location

Venue : Google Meet